Resepi Austria : Kaiserschmarrn



Assalamualaikum semua...
Ikutkan nak update Trip ke Hallstat dulu...
Tapi mood malas transfer gambar melanda pulak...
So arini mi nak share resipi orang Austrian ni...
Mi belajar masa majlis coffee morning Ahad lepas...
Yang ajar ni orang Malaysia juga...
Tapi dah 30 tahun menetap kat Vienna sebab berkahwin dengan Austrian...

Kalau ikutkan sejarahnya Kaiserschmarrn ni mula-mula disediakan untuk raja Austria...
Raja Franz Joseph I pada tahun 1830-1916...Kira makanan DiRaja drg la ni...
Sebab isteri Raja ni Elisabeth taknak makan yang berat...nak yang ringkas je..
So, tukang masak istana sediakan la campuran telur, susu ni...
Cuma sekarang drg dah pelbagaikan la dengan tambah mentega, kismis dan buah-buahan lain...

Rasa macam ala-ala scramble egg muffin...
Tekstur macam pancake yang gebu...
Dan rasa lebih kepada rasa telur kuning...
Nak tau rasa sebenar sila buat...ngeee





Bahan-bahan :

50 ml susu segar
30 gram mentega ( dicairkan)
2 sudu teh gula
60 gram tepung gandum
3 Biji telur
Sedikit garam

Cara-cara :

Masukkan susu dan gula
Pukul sehingga gula hancur
Masukkan tepung, mentega, garam dan pukul sebati ketepikan
Asingkan telur putih dan kuning
Masukkan kuning telur sebiji2 ke dalam adunan sambil pukul hingga sebati
Pukul putih telur sehingga soft peak ( elakkan dari terkena air...macam nak buat meringue pavlova tu)
Gaulkan adunan dengan putih telur sehingga sebati
Panaskan kuali non stick dengan sedikit mentega dan curahkan semua adunan ke dalam kuali
Guna api sederhana dan bila bahagian bawah dah kelihatan perang kacau hancur seperti membuat scramble egg
Taburkan icing sugar dan boleh dinikmati dengan apple mousse atau jem pilihan
Siap...

Tiada ulasan:

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015