Resepi Oopsie Bread

Salam semua...
Pagi tadi mi ada buat Oopsie bread ni...
Kebetulan semalam nampak resepinya kat FB...
Roti ni macam pavlova teksturnya...
Gebu je..tapi rasa masin je sebab tak guna gula or tepung...

Bahan-bahan :

3 biji telur
100 gram cream cheese
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

Asingkan putih dengan kuning telur
Pukul putih telur sampai jadi meringue
Ketepikan
Pukul pula kuning telur, cream cheese, baking powder, esen vanila dengan whisk sampai sebati
Kemudian campurkan dengan meringue tadi
Sapu loyang dengan butter then tuang sebatian tadi
Bakar selama 15 minit dengan suhu 150
(Suhu ikut oven masing2..nak tau masak ke idok test dulu sebelum keluarkan dari oven..kalau adunan tu dah tak melekat kat garfu yg korang cucuk tu means dah masak la tu)

Mudah je kan..tekstur mcm pavlova..rasa masin2 cheese gitu..so boleh la makan dengan topping kesukaan..nak masam ke manis ke..mi makan dengan susu pekat je...sebab soft makan semua sorang pun tak rasa apa...kih kih kih...
Kalau bakar dalam tray muffin lagi comel..mi bakar dalam loyang je...

Selamat mencuba...




4 ulasan:

nadiah hanum berkata...

Nampak softtt sangat..minum ptg dgn coffee best ni!

CikNaa berkata...

menu diet atkin ni.. nampak gebu tu anis

Putri berkata...

First time dengar roti.x guna tepung...tp nampak sangat soft

anez zamri berkata...

cantik hasilnyaa

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015