Resepi : Homemada Laksa a.k.a Laksa Pulas





Assalamualaikum semua...
Siapa sini suka makan laksa utara angkat keyboard...
Mi dengan laksa ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan gitu...
Paling tak syiok bila lepas bersalin...
Kena pantang setahun wooo...
Lagi lama lagi baguih orang tua-tua kata...
Bukan apa sebab laksa ni jenis masak 2 kali...lepas tu kuah dia berangin...
Sebab ada bunga kantan...orang tua-tua la kata...jangan keteqaq...ikut ja..
Satgi kalau badan masuk angin sendiri tanggung na...

TAPI kalau homemade laksa ni boleh makan...
Ha syiok dak mak2 baru lepas bersalin...
Sebab hat ni sekali masak ja...bukan macam laksa kering hat kena rebus tu na..
Yang penting Kuah laksa jangan letak BUNGA KANTAN la syaratnya...
Satgi kembung perut anak hangpa naya...heee

Homemade laksa ni kalau sebelah tempat mi panggil laksa kuala...
Laksa ni teksturnya lebih lembut dan padat kalau nak dibandingkan dengan laksa kering tu...


Tapi apa yang penting korang kena ada acuan nak buat laksa ni la...
Mi guna acuan tembaga yang selalu orang guna buat maruku tu...
Yang acuan plastik pun ada...

Bahan-bahan :

250 gram tepung beras
50 gram tepung gandum
50 gram tepung ubi
2 sudu makan minyak masak
Sedikit garam

Cara-cara:

Gaul semua adunan dan uli sehingga sebati...
Masukkan dalam acuan dan padatkan...


Sementara tu didihkan air didalam periuk untuk rebus laksa ni...
Pusingkan adunan yang dalam acuan tadi terus ke dalam periuk yang air tengah mendidih tu...
Gaya dan macam maruku je keluarnya nanti...


Rebus laksa sehingga timbul...
Angkat dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk ( air paip je bukan ais)
Toskan dan siap.
Pastu sediakan la kuahnya...takkan nak makan laksa gitu je kan...ngeee


Resepi Kuah Laksa Utara Versi Mi :

Bahan-bahan :

8 ekor ikan sardin / kembung ( ikut kome ler nak pekat ke nak cayor ke)
15 biji cili kering
1 Ulas bawang besar
Sedikit belacan
2 batang bunga kantan
2 batang serai diketuk
Segenggam Daun Kesum
5 keping asam keping
1 Tin ikan sardin ( dibuang kuahnya)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Rebus ikan bersama-sama asam keping
Kisar Cili kering,bawang besar, belacan, 1 batang bunga kantan yang telah diracik halus
Masukkan bahan kisar kedalam periuk dah didihkan dengan api sederhana
Sementara tu leraikan isi ikan dan kisar halus
Curahkan kedalam periuk yang mengandungi bahan kisar tadi
Kemudian kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan dan tapiskan kedalam periuk tadi
Satukan asam keping dan lebihan air rebusan ikan ke dalam periuk
Masukkan pula 1 tin ikan sardin dan gaul sebati
Didihkan seketika
Masukkan lebihan bunga kantan, serai, daun kesum
Perasakan dengan garam dan gula
Masak sehingga mendidih
Siap dan sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba.



2 ulasan:

DYatie ABakar berkata...

Nak g langkawi next week. Nk cuba laksa yg org kata sedap tu. Aflah bru 6 bulan. Alaaaa.. Alaaa...

achiek anis berkata...

Haha..aah laksa langkawi tu sedap..ikan sekoq..alang2 smpi mkn jela mak..heee

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015