Menu Ramadhan 2014 : Bread Cheese Lasagna a.k.a Roti Lapis Keju


Salam 22 Ramadhan semua...
Lebih kurang 8 hari je lagi nak raya oi...
Semangat kerja nan hado dah ni..
Semangat nak raya je sekarang ni...
Mak buyong rasa excited plak nak sambut raya tahun ni...hahaha
Tak padan ngan mengah...
Sebabnya raya kali ni cuti lama kan...
10 Hari gitu....
Dalam kepala dah mcm2 plan nak wat cuti raya ni...ngeee

Ok la arini nak share resepi simple, mudah dan sedap..
Cam biasa la...
Kalau yang renyah2 banyak kaedah nak masak mak buyong malas..
Ni gara2 terliur ngan roti daging kej leleh Mommycha la ni..
Ko yang bersalah dalam hal ni micha....agagaga....

Ok moh kita tengok resepinya...

Bahan-bahan :

- 16 keping roti
- 12 keping slice cheese
- 2 keping daging kisar
- Sedikit susu segar
- 1 tin kecil sos prego ( tak kisah yang mushroom ke pasta ke )
- 1 biji tomato
- 6 sosej cheese ( dipotong nipis )
- 1 tin cendawan butang ( dipotong nipis )
- 1 biji bawang besar ( dimayang halus)
- 6 biji bawang putih ( dimayang halus)
- 2 biji telur yang dipukul bersama2 sedikit susu segar
- Parutan cheddar secukupnya
- Sedikit mentega untuk menumis
- Garam secukup rasa

Cara- cara :

- Tumis bawang besar dan putih dengan sedikit mentega hingga kekuningan
- Masukkan daging kisar dan renehkan seketika dengan susu segar untuk mengurangkan bau lembu pada   daging
- Agak dah kering baru masukkan tomato, sos prego,sosej dan cendawan butang
- Didihkan sehingga masak dan agak pekat
- Masukkan sedikit garam...Jangan banyak nnt masin cheese lagi...ingat tu...heee
- Biarkan seketika



Sementara tu celupkan roti dengan telur yang telah dipukul dengan susu segar dan susun ke dalam loyang




Kemudian letakkan hasil tumisan tadi ke atas roti



Dan lapiskan dengan slice cheese



Ulang proses melapis sehingga habis semua bahan2 ye...
Last sekali baru korang taburkan parutan cheddar cheese dan bakar selama 45 ke 50 minit dengan suhu 130

Suhu dan masa tu terpulang pada oven masing2 ye...
Rajin2 jenguk masa membako tu...
Kang rentung plak lasagna korang....

Gambo dah siap bako nan hado sebab lepas masak daku bersiap2 nak ke Shah Alam untuk iftar bersama kawan-kawan hubby...pot luck gitu...
Sebab tu daku wat lasagna ni...ngeeee
So, lupa plak daku nak snap gambo yang dah siap...
Sabo jela...huhu

Iftar pot luck dirumah member hubby

Senang je kan...walaupun ada bahan yang daku tak letak tapi rasanya still meleleh meletop dengan limpahan cheeese....ngeeee...
Next time kalau rajin daku leh buat lagi....

Selamat Mencuba

8 ulasan:

Chekgu Azrine berkata...

Suka nk cuba tp alahai..xd oven..uhuk

achiek anis berkata...

klu ada pemanggang ajaib leh gak kak cuba...heeeee

Kakzakie berkata...

Kakak dah selalu juga buat ni sebab anak kakak suka.
Cuma biasa kakak buat letak hirisan cili merah bagi pedas sikit..

achiek anis berkata...

oyeke kak...ni tak letak cili sebab budak kecik pun ada nk mkn...:)

lia berkata...

hari 2 da tgk kat blog micha... mmg meleleh air liur ha3

achiek anis berkata...

haha...kan...micha la ni...ngeh3

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Macam mudah tu Anis.. boleh akak cuba nanti ni.. meleleh jugak tengok ni..

achiek anis berkata...

aah mudah je kak...boleh la cuba....:)

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015