BBQ di Minggu Akhir Syawal 2017





Assalamualaikum semua...dah habis Syawal dah kan...sekejap je masa berlalu... Sekarang di Vienna musim panas...So macam tahun lepas kami tak lepaskan peluang untuk buat BBQ....Cuaca sini tak sama macam Malaysia yang sama je cuaca sepanjang tahun...Kat sini kalau nak BBQ kena tunggu musim panas jela...Musim lain sejuk...macam mana nak BBQ kan...


Mi ajak Malaysian yang free untuk join kami BBQ...kebetulan belakang rumah Mi ni ada laman sikit so boleh la berBBQ... Menu ada yang Mi perap sehari awal dan ada yang Encik Suami beli di kedai Halal Turki....Musim Panas ni macam-macam jenis la makanan BBQ yang siap jual...balik tinggal bakar je...

Hari Jumaat tu Mi buat Apple Crumble dan perap yam dan daging...Ayam gunakan perapan rempah ratus yang diblend, Daging Kambing pulak Mi pera dengan blackpepper sos je...





Udang tu Mi just gaul garam je...Udang kan dah ada rasa manis sendiri kalau bakar...


Yang lain-lain ni beli je yang dah siap diperap....senang kerja...hihi





Mi buat juga Tom Yam Sayur makan denga Bihun...Takde la kering sngat makan lauk BBQ je kan...paling best ada Malaysian ni bawakkan Ais Krim Malaysia....Panas2 minum ais krim ni memang kena sangat la kan...nak pulak dapat ais krim asam boi...kat sini dah takde jual asam boi ni....memang terbaik sangat la dah dekat 2 tahun tak makan asam boi ni...kalau kat Malaysia tak kisah pun...tapi bila dah diluar negara ni, jadi sangatlah bermakna tau...hihi




Bila buat BBQ ni dapatlah berkumpul sesama Malaysian yang lain...ramai jugak tak dapat hadir sebab hujung minggu sabtu ni masing2 dah ada program sendiri...maklum la kalau hujung minggu ni hari sabtu je kedai dan Mall buka...Hari Ahad semua kedai tutup...so masing2 kalau nak bel barang dapur ke shopping ke hari minggu jela...hari kerja masing-masing dah tak sempat nak shopping...




Ikutkan sekarang musim buah Plum..tapi kali ni banyak yang gugur...so tak dapat la nak jamu tetamu dengan Plum ni...banyak yang dah gugur sebelum masak...mungkin sebab tahun ni Panas sikit nak banding tahun lepas...


Owh ya sebelum terlupa..jangan lupa singgah Lazada Sale...sekarang ada promosi barangan Baby tau macam pampers, susu, stroller, mainan...cepat terjah Lazada...Masa Flash Sale tu lagi murah....jangan lepaskan peluang tau....


3 ulasan:

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO berkata...

Assalamualaikum.. Salam kenal dari Kak Ti. Bestnya berBBQ.. nampak sedap je semuanya..

achiek anis berkata...

Wkslm...salam perkenalan kak

mamapp berkata...

Wow sedapnya plum.atas pokok lg tu

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015