Selamat Hari Bapa untuk Tahun ke 5 Sayang




Assalamualaikum...Ahad lepas sempena Hari Bapa sedunia kami pun tak terlepas untuk wish dekat Encik Suami...Bila anak dah pandai tulis ni seronok sikit boleh pakat dengan Ayong Airis buatkan Kad...Spontan je pagi Ahad tu Mi DIY kad ni...Lepas tu minta Airis tulis...Dah 5 tahun menjadi Abah kepada 2 beradik ni...terima kasih Sayang sebab bersabar dengan kerenah Mami, Airis dan Dani yang macam-macam setiap hari...Semoga Allah kekalkan kesabarn tu hingga akhir hayat Sayang ye...hihi...Terima kasih bersekang mata setiap hari mencari rezeki untuk kami...Walaupun sibuk Sayang tetap luangkan cuba luangkan masa untuk kami...Belikan apa yang kami teringin, bawak kami keluar jenjalan, belanja kami makan sana sini...Semoga Allah memberkati usaha Sayang selami ni...Insyaallah Kami Sayang Abah Dunia Akhirat...Semoga Sayang dapat bimbing kami semua ke Jalan Yang Diredhai Allah selalu...


Dsebabkan hari Ahad so hubby tak kerja dapat la habiskan masa dekat rumah...Gigih pagi2 kami buat kuih raya untuk habiskan masa bersama...Pagi dah kena gentel kuih siput...anak dara sorang ni memang suka kalau dapat masuk dapur macam ni...



Dah siap kuih siput, Rajin pulak Encik Suami buat kuih kegemaran dia...kuih loyang a.k.a kuih ros...dibuat sepenuhmya oleh suami dari bancuh sampai la ke goreng...sebelum datang sini suami belajar dengan Nenek di Kuala Lumpur...sanggup belajar sebab ni memang kuih raya wajib ada setiap kali raya....kalau kat Malaysia dulu Mak Mi selalu order je...tempah khas untuk menantu kesayangan dia ni...jeles tau tak...kuih kegemaran kita takde pulak Mak beria nak tempah...haha...




Sebab Hari Istimewa ni jugak Mi masakkan lauk dan dessert kegemaran suami untuk berbuka hari tu...Nasi Beriayi Ayam dengan Daging Masak Hitam dan Nutella Tart...Nak celebrate dekat luar or nak beli hadiah Mi tak mampu sediakan, maklum la takde income...Mampu sediakan juadah hasil air tangan je...Terima kasih sebab makan dengan berseleranya walaupun nasi terlembik sebab terlebih air...haha...



Selamat Hari Bapa sekali lagi sayang, semoga Allah merahmati syurga kita hingga akhirnya...Love from Mami, Airis dan Dani; Vienna, Austria. Jun 2017.


Tiada ulasan:

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015