Apa itu Shopback Malaysia?


Salam semua...


Korang pernah dengar tak pasal online shopping Shopback my ni?

Kira ni online shopping yang baru lagi la kat Malaysia...

Online shopping ni dah famous tau kat Amerika dan Singapura...
Kira kat Malaysia ni masih lagi baby gitu...newborn baby...heeee 
Nak tau macam mana boleh beri kelebihan kat kita?
Meh mi share sikit info Shopback Malaysia ni...
Konsepnya ‘online shopping’ sama macam online stores yang biasa kita layari, cuma Shopback Malaysia ni memberikan kita lebih dengan pulangan cashback bagi setiap pembelian. Maknanya kalau kita beli nanti kita akan dapat balik duit... Ha menarikkan...dah bayar tapi dapat duit balik... Pening ke? Jangan pening...meh baca lagi..
Kat sini mi nak tunjukkan cara-cara camne nak shopping kat Shopback Malaysia ni.

Mula-mula klik pada ikon online stores yang terdapat pada menu utama Shopback Malaysia... 

Kemudian buat pembelian macam biasa tapi kena pastikan korang guna peranti yang sama masa proses pembelian...peranti tu maksudnya kalau korang guna Handphone so dari awal sampai la akhir guna handphone je...jangan nanti masa nak bayar gi tukar guna laptop or pc plak..tak berjaya pembelian korang nanti dan pastikan korang tukar setting internet korang ke mod 'enable cookies' siap2...

Lepas tu korang akan dapat cashback korang yang akan dikreditkan ke dalam akaun Shopback korang dalam masa 1-2 hari bekerja.


Tak faham lagi?
Meh tengok contoh kat gambar bawah ni berapa nilai yang boleh korang raih dalam masa setahun :


Teruja tak? hehe...sape nak bagikan...lepas shopping eh dapat duit balik...Shopback Malaysia memang best la... dapat lebih penjimatan dan ganjaran yang hebat! Tapi korang mesti tertanya-tanya kan, dari mana plak datangnya cashback ni?

Ha, meh tengok gambarajah ni plak... 



So, dah faham kan...macam contoh dia bagi tu..kita beli barang kat mana-mana affiliated partners yang tersenarai kat Shopback Malaysia tu macam zalora malaysia contohnya...So, nanti Zalora akan bayar kat Shopback Malaysia komisen...so, komisen tu nanti shopback share dengan kita sikit ikut beberapa peratus yang telah ditetapkan... Kiranya 'Win-win situation' la....Untung kan...kira lagi banyak kita spend lagi banyak kita leh dapat cashback....So, apa tunggu lagi...meh la click here pasal Shopback Malaysia ni..Jangan tunggu-tunggu lagi...klik cecepat....


Selamat ber'online shopping' dan selamat berjimat. 


5 ulasan:

SweetLikeWhat berkata...

baru tau pasal ni..tq sharing nis..

ameris berkata...

1st time dengar ni anis..

Putri berkata...

Tq...nanti nk cuba jugak

mohd syahril kiplih berkata...

http://shopback.my/r/shfPyj
daftar sini untuk dapat bonus...peace

Nik Fauziah Nik Husein berkata...

Bagaimana cara boleh guna duit yang terkumpul tu tuan?

Copyright to ACHIEK ANIS
Designed by UMIESUEstudio 2015